Saturday 31 March 2012

Event Kayuhan Basikal Jamboree Senawang

Salam to all from Admin... Sekalung Penghargaan buat semua cycler yang telah menyertai kayuhan pada 31 March 2012. Terima kasih atas penyertaan tuan-tuan dan puan-puan yang terdiri dari Individu dan Kelab-Kelab pada event ini. Tahniah kepada yang telah berjaya merangkul hadiah-hadiah yang telah disediakan oleh penganjur. Penghargaan kepada Penaja yang telah menaja barangan basikal, goodies dan sebagainya.
Bagi pihak penganjur dengan izin dari ADMIN 1, saya selaku ADMIN yang telah dipertanggungjawabkan memohon ampun dan maaf kiranya ada cacat celanya samada disedari ataupun tidak dalam berlangsungnya event ini. Semangat kesukanan yang tinggi dari tuan-tuan dan puan-puan dalam penyertaan event ini amatlah dibanggakan dan semoga ianya berterusan dalam melahirkan masyarakat berbilang kaum yang harmonik, bersatu padu melalui sukan kayuhan basikal dalam mengimplementasikan slogan 1 MALAYSIA. Sekian, terima kasih..... ADMIN blog "Kayuhan Basikal Jamboree Senawang".

Gambar Event Jamboree Senawang 31 March 2012




































Monday 26 March 2012

Makluman Pengambilan Goodies

"Kaunter Pengambilan Goodies" dibuka pada 30/3/12 di rumah berhampiran lokasi bermula. Alamat No 31, Jalan PS 5/12, Taman Pinggiran Senawang, 71450 Senawang, NS bermula 8.00pm ke atas.
Sekian, terima kasih.

Monday 19 March 2012

MAKLUMAN TERKINI...

Tarikh tutup penyertaan dilanjutkan sehingga ke satu tarikh atau sehingga penyertaan telah mencapai angka 600 peserta. Jom join!!! bagi yang belum menyertainya... Kita bekayuh sambil mengeratkan lagi persaudaraan sesama cycler tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan. 1 Malaysia....!!!

Tuesday 14 February 2012

MAKLUMAN PENUKARAN NAMA EVENT

Bagi menjawab kepada beberapa persoalan dan kekeliruan yang timbul berikutan dengan nama event ini, nama event ini telah ditukar kepada "Kayuhan Basikal Jamboree Senawang" bagi menggantikan nama "kayuhan Basikal Radio Amatur 1 Malaysia 2012". Event ini terbuka kepada semua cycler... Pendaftaran awal adalah amat digalakkan bagi urusetia membuat persediaan dan persiapan bagi melancarkan perjalanan event ini. 'Tqvm' dari Admin.

Monday 6 February 2012

Makluman kepada peserta yang berhajat untuk menyertai Event ini

Makluman kepada Peserta yang berhajat untuk menyertai event ini, adalah diminta untuk mennyatakan saiz baju untuk tempahan dengan kadar segera. Tarikh akhir tempahan baju adalah pada 29 Februari 2012. Selepas tarikh tersebut, saiz baju adalah mengikut stok yang sedia ada oleh pihak penganjur. Sebarang pertikaian / rayuan tidak akan dilayan. Terima kasih.